CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 27, 2010

Pelajar tingkatan 3 MAUT ditembak polis....akibat silap sangkaan

Salam. Terpanggil aku untuk menulis kisah yang baru terjadi semalam. Saat ni masih bergenang air mata aku mengenangkan apa yang terjadi. Geram dan tak dapat aku bayangkan perasaan keluarga allahyarham.....sedangkan aku pun sukar nak menerima kenyataan.

Mangsa ialah Allahyarham Aminulrasyid Amzah (15), bekas junior skolah aku, SMK Seksyen 11 before die pindah pegi SMK 9 Shah alam. Sempat la jugak aku mengenali allahyarham walaupun tidak laa rapat sangat. Kakak allahyarham juga merupakan kenalan aku sewaktu aku masih bersekolah.

Takziah buat ahli keluarga allahyarham aminul. moga rohnya dicucuri rahmat dan diletak dalam kalangan yang beriman. AL-FATIHAH.


Allahyarham Aminulrasyid Amzah

KISAHNYA


Allahyarham ditembak mati ditempat kejadian oleh peronda polis pada jam lebih kurang 2am. tempat kejadian di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, hanya beberapa langkah sahaja daripada rumah allahyarham. Polis peronda yang boleh aku kategorikan sebagai membuat tindakan melulu mengesyaki bahawa Allahyarham bersama seorang rakan yang sedang memandu Proton Iswara adalah gang samun yang berbahaya. Selepas itu, polis melepaskan hampir 10 das tembakan (menurut jiran yang tinggal berdekatan tempat kejadian).

Dalam kejadian itu, tayar kereta telah terkena tembakan menyebabkan kereta tersebut telah terhenti ditepi jalan. Menurut apa yang aku dengar daripada ayah yang pergi menziarahi jenazah di surau seksyen 11 semalam, mangsa ditembak di kepala. Rakan kepada allahyarham SEMPAT MELARIKAN DIRI daripada kereta tersebut. jadi, dalam kes ni ada EYE WITNESS. Moga tindakan yang adil dan wajar dapat diambil.

Pada pandangan aku, mungkin allahyarham bersama rakan menjadi panik ketika dikejar polis peronda akibat mereka bawah umur dan tiada lesen. Allahyarham memandu melulu menghala ke arah rumahnya. namun, Allah lebih menyayanginya. tidak sempat sampai ke rumah, allahyarham aminul telah ditembak mati. Tempat kejadian boleh aku katakan sangat sangat dekat iaitu hanya beberapa tapak je dari rumahnya.

Menggeletar bila aku dengar berita ini semalam. Lebih-lebih lagi allahyarham adalah rakan seusia adik aku. Nak disalahkan polis, mungkin juga mereka hanya melakukan kerja mereka. tetapi aku yakin, polis ada prosedur. Bukan boleh main hentam je suka-suka nak tembak. Mengapa perlu ditembak begitu dahsyat, kalau 'kononnya penjenayah' itu tidak melepaskan apa-apa tembakan dan tidak mempunyai sebarang senjata pun. takkan la 4 orang polis tak dapat nak uruskan sebiji kereta yang dah tersadai dan 2 orang mangsa yang tiada sebarang senjata dan baru 15 tahun. Aneh. Pelik. Wallahualam....

Dalam berita harian online ade cakap mereka menemui parang dalam kereta tersebut. tetapi kakak kepada allahyarham telah menegaskan bahawa memang tiada apa2 senjata di dalam proton iswara tersebut.

Untuk berita tambahan, sila visit Berita harian Online,

11 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah cucuri rahmati keatas rohnya, amin...
kes ni pun dah kes polis biarlah mereka yg pakar menyelesaikanya, tapi yg Pasti kematian allahyarham Akan dipolitikan sampai bila2,

tapi yng aku sedih sampai skrang kematian saudara aku askar melayu diraja tempoh hari yg dilanggar olih ketua sebuah party politik diabaikan dan dilupakan langsung alkisahnya mana keadilanya,
tanggunglah azab dan derita siayah dan ibu mangsa sampai bila-bila,

Yang pergi tetap akan pergi, tapi inlah alkisahnya tanpa keadilan yng secukupnya,

Anak Perelih said...

saman sekali TV3..!!!!

Anak Perelih said...

kes askar meninggal tu adalah kes kemalangan... bila 2 kenderaan bertembung... ni kes tembak... polis ada prosedur dalam menangani keadaan seperti ini... nampak sangat polis malaysia tidak terlatih... kes ni macam kes Norizan yang ditembak polis hari tu.... ada akai fikir sikit anonymous...

Anonymous said...

AP, AKAI TARUK DEKAT LUTUT,
nih lah kalau dah simati dipolitikan sama sajalah macam kes kugan dia dijadikan hero olih sebuah party yg sememangnya part samseng dan yam seng,
biarlah aku tak berparyt tapi taklah nak sampai nyalakan lilin dan bertefakur mcm tak berugama tu,

kesian2 askar melayu tuuu....sdr aku pulak tu,

Anonymous said...

jgn terperanjat budak bawah umur pun boleh merogol rakan sekolah sendiri dan meniggalkan pensel di tempat sulit rakan perempuannya.
budak umur 14 tahun pun sudah pandai mengambil tindakan untuk membunuh diri bila cinta di tolak...tidak ada yang mustahil sekarang...renung2kan lah...

Anak Perelih said...

Anonymous...

kes simati dipolotikan tu adalah kes askar mati eksiden dengan kereta dinaiki Tian Chua... dalam comment saya ada saya cakap pasai parti atau politik.. padahal anda yang menyebut tentang parti dalam komen anda... mengata orang, Anonymous yang lebih.... otak taruk mana...? kepala lutut atau otak udang????

maksud saya .. polis ada prosedur bila berlalu kes kes yang dihadapi dan diajar semasa di pusat latihan atau dari semasa ke semasa... tapi pi mana habis semua tu...??? it only give bad name to the pasukan.... ni siap blame.. kata ada parang le apa le.. budak tu pun ada keluarga... bukan askar melayu yang eksiden tu saja ada keluarga....

eksiden melibatkan kematian di Malaysioa ni sehari ada 17 orang maut...

Anonymous said...

anonymous ni tak berparti konon.. tapio nampak sangat totok UMNO-APCO...

Anonymous said...

Anonymous 11:11 AM .. pemilik blog ni mengenali dengan dekat si mati.. beliau tahu budi pekerti dan akhlak si mati jangan buat andaian nakal kononnya :

"jgn terperanjat budak bawah umur pun boleh merogol rakan sekolah sendiri dan meniggalkan pensel di tempat sulit rakan perempuannya.
budak umur 14 tahun pun sudah pandai mengambil tindakan untuk membunuh diri bila cinta di tolak...tidak ada yang mustahil sekarang...renung2kan lah...
"

Anonymous said...

hahahah,
PASti AP berparty, kalau tidak takan dia mengata orng yg prty dia tu party a ataupun b,
bolih koment sikit pasal kugan dan nyanyian dan nyalakan lilin olih alim ulamak tu, dan siap nangis lagi tu, silakan...

akuOVERthePAGAR said...

anonymous dan anak perelih....thanx 4 dropping by my blog....jgn gadoh2 la....mmg kita ni orang biasa adalah hamba kepada politik yang mmg corrupt!! kita boleh teruskan bercakap....tapi believe me, nothing much will happen....

NRL AKML said...

He's a very great friend.

p/s : i baru terbaca this post. and again adie, i cried. Eventho dah seminggu :(